Rumah Perlindungan Nur Qaseh di tubuhkan atas nama Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia (PPM-009-14-11072011) pada 7 Julai 2011.
Pusat Jagaan ini beralamat No. 0614 Jalan J14, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Di atas Inisiatif AJK Pertubuhan Kebajikan Melati Malaysia dan keprihatinan Pengasas Nur Qaseh iaitu Puan Roslida Binti Che Wail, rumah kebajikan ini bertujuan untuk menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, dan mualaf yang seawal sebulan hingga 17 tahun.
Amatlah menjadi impian kami di Rumah Perlindungan Nur Qaseh ini agar anak-anak yang tinggal di rumah ini dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan mendapat pendidikan demi masa depan sejajar dengan inspirasi negara.