Soalan Lazim
Dimanakah Rumah Perlindungan Nur Qaseh?
Rumah Perlindungan Nur Qaseh terletak di alamat:
Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia
No. 0614, Jalan J14, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : +6019-7614 992
E-mel : rumahnurqaseh.my@gmail.com
Bilakah Rumah Perlindungan Nur Qaseh ditubuhkan?
Rumah Perlindungan Nuq Qaseh ditubuhkan pada 7 Julai 2011 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia (PPM-009-14-11072011).
Apakah tujuan rumah kebajikan ini ditubuhkan?
Rumah Perlindungan Nur Qaseh ditubuhkan dengan objektif untuk menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin dan mualaf yang kurang bernasib baik.
Bolehkah saya melawat penghuni di rumah ini?
Ya boleh, anda digalakkan melawat penghuni di rumah ini melalui temujanji. Sikiranya anda ingin mengadakan aktiviti bersama penghuni, anda perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan lebih awal supaya masa yang sesuai dapat diaturkan dan persiapan boleh dibuat.
Apakah bentuk sumbangan yang boleh di salurkan kepada Rumah Perlindungan Nur Qaseh?
Pusat Jagaan ini menerima sumbangan dari segi kewangan, barangan, tenaga dan sokongan melalui
aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Apakah kaedah untuk membuat sumbangan ke Rumah Perlindungan Nur Qaseh?
Rumah Perlindungan Nur Qaseh menerima sumbangan kewangan seperti berikut:
- Kad Kredit/Debit
- Pemindahan Wang
- Cek Bank
Adakah sumbangan derma saya layak dikecualikan daripada cukai pendapatan?
Rumah Perlindungan Nur Qaseh ialah sebuah pertubuhan bukan untung di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kami telah diberikan status pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021.
Oleh itu, kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa sumbangan derma anda mulai 1 Januari 2021 dan seterusnya akan dikecualikan cukai.
Ini hanya terpakai kepada penderma atau entiti penderma yang memfailkan cukai dengan LHDN.
Apakah maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan resit pengecualian cukai?
Penderma individu/Syarikat dikehendaki menghubungi pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nur Qaseh untuk mendapatkan resit pengecualian cukai dengan memberi maklumat lengkap seperti berikut:
- Nama Penuh Individu/Nama Syarikat
- No. Kad Pengenalan/No. Pendaftaran Perniagaan
- Alamat Surat Menyurat